Sunday, 26 February 2012

AKTA PENDIDIKAN 1996

 
Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 adalah bertujuanmemansuhkan Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, Akta Pendidikan 1996 tersebuttelah mengemukakan satu undang-undang baru tentang pendidikan bagi maksudmelaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah PendidikanKebangsaan. Matlamat-matlamat seperti apa yang disenaraikan oleh FalsafahPendidikan Kebangsaan dijangka dapat dicapai melalui suatu Sistem PendidikanKebangsaan, yang memperuntukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama. Pendidikan yangdisediakan melalui akta ini adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan akanmemenuhi keperluan negara, serta juga memupuk perpaduan negara melaluipembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik (Ahmad Fauzi, 2009). Dekad terakhir abad ke-20 iaitu zaman dasar pembangunan Negara (1991-2000) menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagipelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaanbeberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, sebagai contoh, Akta Pendidikan1996. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain (Kulanz, 2009). Selain itu, banyak lagi perubahan berlakudalam bidang pendidikan termasuk:
1.        Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari.
2.   Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan     Sekolah Bestaripada tahun 1999
3.        Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;
4.  Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti PendidikanSultan Idris (UPSI)
5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah MenengahTeknik.

No comments:

Post a Comment